Ads 468x60px

Showing posts with label Testimony. Show all posts
Showing posts with label Testimony. Show all posts

Sunday, 21 December 2014

BAHAYA NANGKA MADU

NANGKA MADU MEMBAWA PADAH

Penangan musim nangka madu beserta musim hujan sekarang ni.

Betul ke nangka madu ni bahaya?

Yela.
Selama 20 tahun saya kukuhkan KEPERCAYAAN saya terhadap nangka madu.

Apa kepercayaan saya?
Bila makan SAKIT URAT
Bila makan KEMBUNG PERUT
Bila makan CIRIT BIRIT
Bila makan MUNTAH

Selama 20 tahun saya melihat sahaja buah nangka tu.
Selama 20 tahun saya terlupa bagaimana rasa enaknya nangka itu.

Selama 20 tahun saya berada dalam KEPERCAYAAN saya.
Saya bina CARTA SIKAP saya tentang buah nangka.

Akhirnya setelah memendam rasa.
Maka minggu lepas saya mula menjamah bermula seulas kemudian membeli dan akhirnya makan tanpa peduli tentang kepercayaan saya.

Alhamdulillah,  dengan izinNya KEPERCAYAAN saya hilang begitu sahaja.
Mungkin ubat urat moden (AJHT dan OSTEMATRIX) sebagai salah satu asbab.

Nikmat sementara.
Sementara boleh jamah, jamah la apa pun janji halal.

Bahaya nangka madu ni bila makan sakit urat!

Jom atasi dengan AJHT dan Ostematrix.

Mungkin ini boleh membantu.
Saya dah cuba.

Adwa Juani
019 473 9710
Pengedar Sah Shaklee



Monday, 3 March 2014

LATIHAN PENGENDALIAN SENJATA COLT M16

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Minggu-minggu akhir di PLKN.

18 Mac ini akan berakhirlah sesi Kumpulan 1 Siri 11/2014. Apa yang Kumpulannya? Apa yang sirinya?

Oh untuk makluman semua, setiap tahun pengambilan pelatih cuma ada 3 sesi iaitu Kumpulan 1 Jan - Mac. Kumpulan 2 dijangka April - Jun. Kumpulan 3 boleh la rujuk di laman sesawang http://www.khidmatnegara.gov.my/.
Kat laman sesawang tersebut bukan sahaja boleh menyemak status penempatan, malah boleh juga menyemak nama pelatih terpilih, pendaftaran BSKN juga muat turun borang serta boleh membaca info-info berkenaan PLKN.

Latihan Menembak.

Setiap Kumpulan akan didedahkan dengan latihan menembak iaitu salah satu sub modul yang terkandung dalam Modul Fizikal.

Kalau bab latihan menembak ni, yang sakit pun tak jadi sakit. Yang demam pun tahan demam. Hihi.
Yela siapa la nak bagi pegang senjata Colt M16 suka suki kan kalau anda tidak bekerjaya sebagai anggota uniform?

Inilah masanya.
Seronok tau!!
Saya pun dalam PLKN ni la dapat berpeluang memegang, mencuba dan bergambar dengan senjata Colt M16.

Hari ni pelatih-pelatih ke Lapang Sasar RELA Bukit Selambau untuk menjalani latihan menembak. Bukan main suka! Bangun awal pulak tu..hihi..

Rindu kat pelatih-pelatih Kumpulan lepas.
Tatap gambar sahaja la.
Rindu 'abah' yang juga dah bertukar ke kem Perak.

So, have fun guys!



Tuesday, 7 January 2014

Kami Adalah PowerPuff Girls!!

Hari ni teruja lebih.. Hehe..
Sebabnya kediaman Tun Fatimah dah bertukar..
Alhamdulillah.. Berani berubah kedudukan lokasi yang saya telah duduki 6 tahun lamanya..
Konon selesa di tempat yang sama.. Uwekkk..

2014.

Tahun permulaan yang manis.
Banyak perkara yang saya perlu terokai.
Perlu bangkit dari zon selesa.
Perlu berani berubah.

Alhamdulillah..tindakan saya betul..
Saya seronok dengan lokasi baru katil saya walaupun cuma bermalam saat bertugas 24 jam sahaja.. :)

Sahabat.

Ni la rakan sebilik saya Ku ibu beranak 3. Khuza dan Rina pasangan pengantin baru yang romantik. Saya la yang paling senior dan berusia dalam bilik tu.. Ish... Ish.. Teruk kan? Haha..

Cer tengok comey tak bilik kami?
Agak-agak katil saya yang mana ya??
Kalau betul saya kasi upah..hihi

Moga ukhwah yang terbina ini berpanjangan sampai hujung nyawa.

Warkah Untuk Teman.

Adik-adikku terima kasih kerana menjadi sebahagian manis dan pahit dalam hidupku. Tanpa kalian siapalah daku..
Moga kita terus sukses bersama..
Jangan ada benci antara kita hokayy..

Yusrina Adnan 23 Mac 85.
Ku Zainon Ku Lah 13 Apr 85.
Nur Khuzaimah Ismail 31 Ogs 84.
Sayang kalian!



Monday, 6 January 2014

Siapa Nak Kaya??!!

Alhamdulillah semalam 5 Januari 2014 saya dan 5 sahabat niaga yang lain berkesempatan ke Seminar Dunia Usahawan Dr. Azizan Osman di Sunway Carnivall Convention Centre Penang.

Ya Allah, ramainya...
Ramai yang berpusu-pusu mengambil peluang menghadiri Seminar Dunia Usahawan.

Ya, ramai juga yang menghadiri Seminar ini secara percuma termasuklah saya.
Macam mana boleh percuma??
Daftar 3 orang dan ketiga-tiganya percuma.
Dah la percuma dapat ilmu berganda pulak.
Terima kasih DAO!!

Alhamdulillah.
Walaupun singkat tapi banyak ilmu yang diperolehi.

Sentap juga dengan kata-kata DAO.
"Kajian menunjukkan 5 tahun berniaga -BANKRAP!

Saya baru 6 bulan beb!!

Takpa, DAO kata lagi kalau nak buat bisnes perlu ada mentor yang betul, sistem yang betul, ada ilmu ada impian yang jelas dan ada TINDAKAN.
Alhamdulillah saya berbines di jalan yang betul..

Saya menyertai bisnes Shaklee secara serius sekitar Julai 2013 dengan bergurukan mentor yang betul bukan kerana sebab mentor saya tu dah punya 'super income' tapi saya percaya dengan ilmu yang beliau miliki dan sistem yang diamalkan tidak menindas mana-mana pihak.
Ya Allah syukur ditemukan dengan mentor yang tepat dan hebat seperti Kak Cery, Hafsah, Kak Maria, Cikgu Firdaus dan Kak Marlina.
Kena ingat. Hormat dengan mentor sebab itulah adab berguru.

Lagi DAO kata nawaitu kena betul.

B A N G K I T

Bisnes Akan Naik Guna Kuasa Ilmu dan Tindakan.

InsyaAllah akan guna ilmu semalam dengan sebaiknya.
Tadi pun dah 'declare' dengan Team Tun Fatimah - saya nak positif serta kaya dan berjaya. InsyaAllah. Doakan saya ya :)

Apa yang anda fikir dan sangka adalah DOA.
Apa yang anda rasa adalah DOA.
Apa yang anda amalkan melalui perbuatan dan tindakan adalah DOA.

Kata DAO lagi "Bersedia Untuk Berhenti Kerja!". Dalam maksudnya. Yang terlintas di kepala saya cuma WAHM!! InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah..

24 Jam Sehari.

Kebanyakkan mentor saya yang berjaya mempunyai 24 jam sehari. Cuma yang berbeza bagaimana mereka menggunakan masa dengan sebaiknya.
Saya juga mempunyai 24 jam. Kena bikin jadual harian la nampak gayanya :)
'Duplicate' mentor yang berjaya baru anda boleh berjaya!
Mentor-mentorku i follow!!

Banyak ilmu yang saya dapat dalam Seminar semalam. Yang belum ada bisnes mungkin boleh bersama-sama saya menjana pendapatan dengan mudah sebab prinsip pertama dalam bisnes ialah BUAT DUIT tanpa modal besar.

Semua Bisnes Adalah Luar Biasa!

Pilihan Kita Hari Ini Menentukan Siapa Kita Akan Datang.

Saya mencari :
1. Lelaki atau Perempuan
2. Umur 18 tahun ke atas
3. Mempunyai komputer/laptop/smartphone
4. Berkesungguhan dan komitmen
5. Bersedia menambah nilai kehidupan diri
6. Terbuka menerima tunjuk ajar

Modal serendah RM75!

Berminat menjadi rakan niaga saya?

Hubungi :
Nurzuani Bt A Wahab
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 896061
6019.473.9710
FB : Adwa Juani

MOGA ANDA KAYA DAN BERJAYA!



Saturday, 4 January 2014

PLKN DATANG LAGI!!

Alhamdulillah hari ni setel penerimaan 200 orang pelatih dari Tapak Expo Sungai Petani bagi pengambilan Kumpulan 1 Siri 11/2014.

Ada apa dengan PLKN?

PLKN merupakan singkatan Program Latihan Khidmat Negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2004.

PLKN juga merupakan program ala tentera yang dipilih secara rawak bagi mereka-mereka yang berusia lingkungan 18 sehingga 35 tahun.

Ada 4 Modul utama di dalam PLKN iaitu Modul Pembinaan Karakter, Modul Fizikal, Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti disamping beberapa sub modul baru yang telah diperkenalkan.

Saya merupakan salah seorang Jurulatih Multiskill yang bertugas di Kem PLKN Rekreasi Belia Baling semenjak tahun 2007.

Berseronok dengan tugas yang dipilih ni sebab banyak perkara yang saya belajar dalam PLKN. Saya akan cerita secara berperingkat dalam entri yang akan datang. InsyaAllah.

Hari Pertama.

Pada hari pertama pelatih akan mula berada seawal 8.00 pagi di Pusat Pengumpulan 'Pick Up Point' untuk mendaftar di kem masing-masing.

Beberapa prosedur dilakukan seperti melihat borang pemeriksaan kesihatan dan bertanya tentang kesihatan bakal pelatih.

Kemudian nama didaftarkan dan pelatih diminta menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak kem.

Untuk makluman sebaik sahaja pelatih didaftarkan insurans mereka dah mula berkuatkuasa.

Pelatih menaiki bas menuju ke kem masing-masing.

Prosedur Di Kem.

Setiba di kem, pelatih sekali lagi melaporkan diri secara terperinci di mana mereka diberi penginapan, kelengkapan cadar, selimut, sudu dan cawan oleh pihak pengusaha kem.

Masa ni juga pelatih diagihkan mengikut kompeni masing-masing.
Saya pertama kali akan menjadi jurulatih kompeni Alpha yang berwarna merah!!

Kemudian mereka diperiksa sekali lagi oleh pihak perubatan kem. Pada masa ini, pihak perubatan kem mengetahui tentang peribadi pelatih. Contohnya pelatih mengalami alahan sebarang makanan ke atau pelatih alah kepada ubat-ubatan atau pelatih bergantung kepada ubat, semuanya diteliti rapi oleh pihak perubatan kem.

Seterusnya beg dan peralatan pelatih diperiksa untuk memastikan barang terlarang tidak dibawa bersama contoh gunting, pisau, seterika, ubat, pengering rambut dan lain-lain.

Akhir sekali pengutipan telefon bimbit di mana pihak kem ingin memastikan latihan berjalan dengan lancar. Walau bagaimana pun, telefon akan diserahkan setiap hujung minggu. Dan waris janganlah risau sebab dalam kawasan penginapan dan kem banyak kemudahan telefon awam.

Tadi saya berkesempatan snap beberapa foto sepanjang hari ini.

Siapa rasa entri ni bermanfaat untuk bakal pelatih dan waris sila la SHARE atau LIKE.

Help others to help others to help others.



Sunday, 3 November 2013

Vivix Shaklee Yang Terbaik

Vivix Harga Mahal Setanding Kualiti.

Ya.Itu yang boleh saya gambarkan bila ianya menjadi sirap terbaik kepada mak saya.

Kisahnya bermula pada awal Ramadhan tahun 2012 yang lalu. Mak diserang batuk-batuk berkahak sehingga makan tak lalu dan tidur tak lena. Klinik di sekitar Sungai Petani habis dikunjungi. Tapi batuk tak juga baik.

Syawal datang pun mak cuma berbaring letih dan lesu. Baju raya tergantung tak dipakai langsung. Kami juga ikhtiar rawatan tradisional dan ada juga bawa berjumpa ustaz. Tapi masih sama.

Awal September 2012 ada jiran datang ke rumah dan dia beritahu yang ada satu klinik swasta di Alor Setar mungkin boleh membantu mak. Dengan berbekalkan gaji yang dapat 25hb pada bulan September 2012 maka 29 September kami pun pergi. Xray dilakukan dan Ya Allah luluh hati bila mak disyaki Tibi.

Doktor marah kenapa tak buat Xray masa mula-mula batuk. Tak sangka dan tak terfikir la pulak.Masa tu terus doktor sarankan rujuk ke Hospital Sungai Petani.

Mak kena makan ubat antibiotik tanpa gagal selama 9 bulan dan tak boleh minum ais. Masa tu pulak tahap gula dalam darah meningkat dan semasa buat pemeriksaan kemungkinan buah pinggang mak tak berfungsi dengan baik.

Masa tu saya tak pernah fikir tentang supplemen yang boleh menyokong pembaikpulihan kesihatan mak.

Sehingga mak dah habis rawatan 9 bulan. Saya pun ada terbaca di satu blog di mana Vivix Shaklee ni bukan sahaja bagus untuk awet muda tapi bagus juga untuk pesakit diabetes dan pendek kata bagus untuk semua penyakit termasuk kanser! Allahu Akbar.. kenapa la saya lambat bertemu dengan Vivix Shaklee ni.

Tapi syukur alhamdulillah.. sekarang mak bebas Tibi. Buah pinggang mak berfungsi dengan baik. Darah tinggi yang terkawal dan Diabetes mak pun terkawal walau kena suntik insulin semuanya gara-gara selepas mak mengambil Vivix Shaklee sebelum tidur.

Sekarang masalah la pulak bagi saya bukan sebab Vivix Shaklee tapi sebab mak dah mula buat aduan yang habis seluar dan baju dia dah tak muat dan doktor pun dah mula tegur yang berat badan mak dah naik sebab mak sekarang dah kuat makan. Syukur Ya Allah!

Jangan la berkira sangat dengan duit. Duit boleh dicari. Mak hanya satu dan tak boleh diganti-ganti.

Berikanlah supplemen yang bagus untuk kesihatan ibu anda.

Hubungi :
Adwa Juani
ID 896061
Shaklee Independent Distributor
019 - 473 9710



Thursday, 29 August 2013

Penangan Set Kesuburan Shaklee!

Assalammualaikum. :)
2 hari lagi Ogos bakal melabuhkan tirai dan September pula akan menonjolkan diri. Saya bukan nak menjual tapi cuma nak berkongsi..
Alhamdulilah..banyak kawan2 yang dah consume Set Kesuburan Shaklee dah banyak kesan yang diperolehi.
Kawan saya yang periodnya tak regular tak datang bertahun akhirnya dengan Set Kesuburan Shaklee periodnya datang teratur dan tak sakit! Jika tidak kasihan kerana doktor cakap kemungkinan mengandung la,rahim bengkak la macam-macam la..
Set Kesuburan Shaklee penyelesaiannya..
Ada kawan saya seorang lagi ni doktor kata susah nak mengandung bila ada cyst.Alhamdulilah dengan Set Kesuburan Shaklee dia mengandung dengan izinNya. Dan tak sempat nak habiskan pun Set Kesuburan Shaklee. Rezeki Allah. Due bersalin Disember 2013. Dan sekarang terus consume Set Kehamilan Shaklee dan dah join ahli!
Itu cerita tentang kenalan saya. Ini pula tentang customer saya. Alhamdulilah, selepas consume Set Kesuburan Shaklee,period datang tanpa sedar! Tak sakit. Kalau tak bila period datang wajib MC! Alhamdulilah. Hubungan dengan suami bertambah baik dan beliau gembira dengan Set Kesuburan Shaklee. Tak sabar tunggu berita gembira dari beliau!
Ni testimoni kawan sekolah saya yang kahwin awal dari saya dan berkeinginan untuk memiliki anak. Alhamdulilah kawan sekolah saya ni tiada masalah cuma masalah kesihatan si suami yang terpaksa mengambil ubat cairkan darah sepanjang hidup dan kuantiti sperma yang sangat sedikit iaitu sekitar 20ribu! Jadi saya cadangkan Set Kesuburan Shaklee lengkap kat dia. Dia bersetuju cuma akan minta pandangan doktor yang merawat suaminya.Jika ok,mereka akan teruskan. Alhamdulilah,keputusan darah suaminya ok dan paling best doktor suruh teruskan saja pengambilan Set Kesuburan Shaklee! Dan sekarang kawan saya belum datang bulan. Doakan pasangan ini untuk dapat cahayamata ya!
Alhamdulilah, indahnya erti memberi!


Saturday, 27 July 2013

Kenapa Shaklee?

Bismillahhirrahmanirrahhim..

Alahai ramai yang bertanya bertalu-talu dengan saya apa bezanya produk A dengan Shaklee?Produk B pun berkesan juga..

Ok lah.. saya tak nafikan setiap produk ada kelebihan dan kebaikkannya cuma pada pandangan saya..saya melihat kepada kesan untuk jangka masa yang panjang..

Jelas sekali Shaklee SELAMAT secara SEMULAJADI, TERBUKTI BERKESAN selama lebih 50 TAHUN!

Kenapa Shaklee?

1. Berasaskan sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna dan perisa.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.

3. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.

4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.

5. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.

6. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.

7. Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Jelas sekali Shaklee dikenali bukan kerana NAMANYA tetapi kerana KEBAIKANNYA.. :)

credit to sis Kam Maria Abdul Mutalib

Sekian, Salam Kasih Sayang
♥ AdwaJuani ♥



Set Joint Health

Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis. Walau apa sekalipun puncanya, ia ternyata membebankan.

Apabila kita mula menderitainya, cuma satu persoalan yang bermain di fikiran iaitu mencari cara untuk melegakan.

Shaklee menawarkan Set Joint Health bagi kesihatan sendi optimum.

Kebaikan :
※ Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
※ Membantu mengekalkan tulang yang kuat.
※ Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.

Untuk pertanyaan :
AdwaJuani 019 4739710
ajjuani83@gmail.com

Salam Kasih Sayang
♥ Adwa Juani ♥



Thursday, 25 July 2013

Shaklee Terbaik!

Assalammualaikum..

Wah, semakin hari semakin disukai Shaklee ini. Alhamdulillah dengan rezeki Allah.

Mungkin penangan GLA COMPLEX iaitu promosi bulan Julai yang menjadikan Shaklee dikenali.

Itu pun setelah saya mengalami sendiri pengalaman dengan GLA COMPLEX yang membantu meredakan apa yang saya alami selepas melahirkan anak sulung saya kira-kira 1 tahun 7 bulan yang lalu.

Sebelum saya bersalin, masalah datang bulan tidak menjadi masalah kepada saya baik kitarannya mahu pun ketika datang bulan. Tetapi, selepas melahirkan Muhammad Nuffael Ridzqy, setiap kali datang bulan..3 hari sebelum saya dah mengalami sakitnya..dengan tubuh badan seram sejuk macam nak demam, sakit kepala, mual, sakit badan, muntah menyebabkan segala kerja jadi terbatas di tambah pula waktu sedang datang bulan dengan senggugut yang membataskan kerja saya sebagai jurulatih.

Alhamdulillah...akhirnya saya jumpa dengan GLA COMPLEX yang meringankan kesakitan yang saya alami..Baru-baru ini datang bulan tanpa sakit dan tanpa tanda. Selesa melakukan tugasan seperti hari-hari biasa..syukur!



Assalamualaikum



Saya doakan pembaca blog ini dirahmati dan diredhai Nya. Moga urusan kita dipermudahkan.
Anda kaya dan berjaya. Insya-Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...