Ads 468x60px

Saturday 4 January 2014

PLKN DATANG LAGI!!

Alhamdulillah hari ni setel penerimaan 200 orang pelatih dari Tapak Expo Sungai Petani bagi pengambilan Kumpulan 1 Siri 11/2014.

Ada apa dengan PLKN?

PLKN merupakan singkatan Program Latihan Khidmat Negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2004.

PLKN juga merupakan program ala tentera yang dipilih secara rawak bagi mereka-mereka yang berusia lingkungan 18 sehingga 35 tahun.

Ada 4 Modul utama di dalam PLKN iaitu Modul Pembinaan Karakter, Modul Fizikal, Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti disamping beberapa sub modul baru yang telah diperkenalkan.

Saya merupakan salah seorang Jurulatih Multiskill yang bertugas di Kem PLKN Rekreasi Belia Baling semenjak tahun 2007.

Berseronok dengan tugas yang dipilih ni sebab banyak perkara yang saya belajar dalam PLKN. Saya akan cerita secara berperingkat dalam entri yang akan datang. InsyaAllah.

Hari Pertama.

Pada hari pertama pelatih akan mula berada seawal 8.00 pagi di Pusat Pengumpulan 'Pick Up Point' untuk mendaftar di kem masing-masing.

Beberapa prosedur dilakukan seperti melihat borang pemeriksaan kesihatan dan bertanya tentang kesihatan bakal pelatih.

Kemudian nama didaftarkan dan pelatih diminta menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak kem.

Untuk makluman sebaik sahaja pelatih didaftarkan insurans mereka dah mula berkuatkuasa.

Pelatih menaiki bas menuju ke kem masing-masing.

Prosedur Di Kem.

Setiba di kem, pelatih sekali lagi melaporkan diri secara terperinci di mana mereka diberi penginapan, kelengkapan cadar, selimut, sudu dan cawan oleh pihak pengusaha kem.

Masa ni juga pelatih diagihkan mengikut kompeni masing-masing.
Saya pertama kali akan menjadi jurulatih kompeni Alpha yang berwarna merah!!

Kemudian mereka diperiksa sekali lagi oleh pihak perubatan kem. Pada masa ini, pihak perubatan kem mengetahui tentang peribadi pelatih. Contohnya pelatih mengalami alahan sebarang makanan ke atau pelatih alah kepada ubat-ubatan atau pelatih bergantung kepada ubat, semuanya diteliti rapi oleh pihak perubatan kem.

Seterusnya beg dan peralatan pelatih diperiksa untuk memastikan barang terlarang tidak dibawa bersama contoh gunting, pisau, seterika, ubat, pengering rambut dan lain-lain.

Akhir sekali pengutipan telefon bimbit di mana pihak kem ingin memastikan latihan berjalan dengan lancar. Walau bagaimana pun, telefon akan diserahkan setiap hujung minggu. Dan waris janganlah risau sebab dalam kawasan penginapan dan kem banyak kemudahan telefon awam.

Tadi saya berkesempatan snap beberapa foto sepanjang hari ini.

Siapa rasa entri ni bermanfaat untuk bakal pelatih dan waris sila la SHARE atau LIKE.

Help others to help others to help others.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...