Ads 468x60px

Featured Posts

Saturday 20 June 2015

KAWASAKI DISEASE ( Demam Kawasaki )

. Self Reminder.

Assalammualaikum.
Lama sungguh blog ni bersawang macam tu sahaja.
Kekangan masa sama lantaran tugasan hakiki menuntut lebih banyak masa sehingga tidak sempat mencoret sesuatu di sini.

Di kali ini bukan coretan tentang produk atau supplemen Shaklee ianya lebih kepada tulisan peribadi saya tentang anak saya Nuffael Ridzqy.

Mungkin kalangan sahabat FB saya sudah mengetahui tentang penyakit yang anak saya hidapi beberapa hari lepas. Dan ramai juga yang pertama kali mendengar nama penyakit ini seperti saya serta ada yang bertanya bagaimana ianya terjadi.

Ada juga yang tergelak ingatkan saya main-main. Dan ada juga ingatkan Coxsackie.

Di sini saya coretkan pengalaman saya sepanjang anak saya didiagnos Kawasaki Disease.

Nuffael Masa Belum Cukup Setahun.

Catatan Nota Ibu.

8 Jun 2015.

. Ibu ke kerja seperti biasa (perjalanan sejam pergi dan sejam balik) dan tinggalkan Nuffael di bawah penjagaan maktok di Sungai Petani.
. Cadangnya bertempoh sementara sebab maktok dan Nuffael akan ke Baling juga pada pagi 9 Jun seperti rancangan.
. Ibu on the way balik kerja dan dapat panggilan dari maktok mengatakan Nuffael demam dan di badan dia dah mulai naik bintik-bintik kecil merah seperti ruam.
. Ibu beranggapan ianya mungkin demam campak halus atau di sini mereka panggil campak sekam.
. Ibu bergegas balik.
. Ibu sempat juga buat air tawar sebab ingatkan ianya demam campak.
. Mak angkat Nuffael pun ada beri air kelapa juga.
. Malam masih juga demam, Nuffael mulai merap dan merengek.
. Ibu berikan syrup PCM dan jelom dengan air serta memantau suhu.

9 Jun 2015.

. Ibu tak pergi kerja.
. Nuffael merap minta berdukung sahaja. Dengan orang lain tak mau!
. Ibu masih berikan syrup PCM dan jelom.
. Suhu sekitar 38.8
. Bintik-bintik merah mulai gatal dan Ibu sapukan Calamine Lotion.
. Jam 8.30 malam suhu cecah 39.2 dan ibu bergegas ke Emergency HSAH.
. MA minta ibu untuk jelom dan check suhu.
. Ibu mengadu dengan doktor bimbang Demam Denggi sebab di kejiranan sini ada yang admit ward sebab Demam Denggi.
. Doktor pun ambil darah dan buat ujian.
. Doktor kata jangkitan kuman dalam darah. Habiskan antibiotik (Peniccilin) dan buat ujian darah semula.
. Ibu pun balik dan terus bagi makan syrup PCM dan Peniccilin serta jelom.

Baru Lepas Ambil Darah.

10 Jun 2015 sehingga 13 Jun 2015.

. Ibu masih tak kerja. Harap team KRBB faham situasi ibu.
. Demam masih on off. Suhu semakin naik bila malam menjelma.
. Ibu masih teruskan syrup PCM dan Peniccilin serta jelom.
. Siang kelihatan aktif dan malam mulai minta dipeluk, didukung dan merap.

Siang Aktif, Malam Merap.


14 Jun 2015.

. Ibu masih tak kerja. Fikirkan ubat Peniccilin yang perlu diberi dalam tempoh 6 jam sekali memandangkan maktok pun tidak la mempunyai kudrat untuk memberi ubat kepada Nuffael sebab Nuffael memang bertenaga menolak ubat.
. Bintik-bintik merah dah mulai hilang dan kulit kering mengelupas.
. Hujung-hujung jari mulai mengelupas dan Nuffael minta letakkan ubat. Ibu ingat sebab apa, Ibu sapu jela minyak gamat sebab nampak merah-merah kan. Tak tau pulak itu juga simptom demam Kawasaki.
. Bercadang ke klinik pakar kanak-kanak pula sebab makan ubat hospital mungkin tak serasi (andaian Ibu).
. Sayangnya klinik tutup dan ke Klinik Doktor Azhar doktor kena tunggu pula.
. Demam suhu sekitar 39, ibu decide beli ubat bontot je kat farmasi selain dapat khidmat En. Khairul tuan Farmasi. Katanya mungkin viral fever.
. Ibu boh ubat bontot kat Nuffael. Sekejap je terus berpeluh dan ceria. Mula bermain.

15 Jun 2015.

. Ibu masih tak kerja.
. Demam on off.
. Suhu 38 39.
. Jam 5.30 pagi suhu tinggi sangat so Ibu boh saja ubat bontot.
. Mata mulai merah menyala (tak sempat snap pict).
. Mulut merah menyala dan kering (tak sempat snap pict).
. Berat hati nak pergi klinik. Tapi sebab mak angkat Nuffael bimbang penyakit lain pulak maka Ibu gagah pergi berdua dengan Nuffael.
. Cerita bagai A to Z ke Dr. Tan KlinikPakar Kanak-Kanak Cutie Care, maka Dr. Tan pun berkata "Saya rasa ini Kawasaki Disease, saya minta ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya."  dan dikeluarkan surat rujukan ke HSAH.
. Sebelum tu Dr. Tan beri juga ubat bontot kat Nuffael jam 3.30 petang.
. Ibu balik rumah berbelah bahagi. Sempat google apa dia la Kawasaki Disease ni. Bimbang juga kan sebab tak pernah dengar. Susah hati tak payah cakap la.
. Bincang dengan famili dan tanya pendapat kawan-kawan dan sempat telefon BFF Sharifah Fitriah untuk dapatkan support.
. Jam 4.30 petang bergerak juga ke Emergency HSAH.
. Sempat lagi MA muda tu gelakkan Ibu sebab suhu dah turun ke 37. Ibu pun sinis juga bagitau "Yela dah boh ubat bontot memang la suhu turun".
. Ibu mana tak risau kan demam dah 8 hari.
. Menunggu lama juga sebab ramai sungguh pesakit. Rata-rata sebab demam.
. Sejam setengah menunggu akhirnya berjumpa dengan doktor. Teliti habis penelitian beliau.
. Akhirnya kena admit ward. Sama juga katanya untuk pemeriksaan lanjutan sebab Nuffael ada simptom-simptom Kawasaki Disease tu.
. Apa lagi bermalam la Wad Melor 1 dan mula disiasat oleh Doktor Wan Awatif.
. Seterusnya pakat dilawati oleh doktor pakar.

Admit Ward Melor 1.

16 Jun 2015.

. Ibu tak kerja lagi.
. Ibu sambut birthday Ibu di wad Melor 1 HSAH. huhu.
. Demam masih on off.
. Masih jelom dan beri Peniccilin dan Syrup PCM.
. Jam 7.00 pagi lawatan 10 orang doktor.
. Jam 8.30 pagi lawatan 13 orang doktor termasuk doktor pakar.
. Doktor pakar Dr.Choo mencadangkan rawatan Gamma Globulin.
. Jam 9.00 pagi Nuffael di ambil darah untuk ujian dan dimasukkan branula sebab IVIG akan dimasukkan.
. Jam 10.30 pagi rawatan Gamma Globulin selama 10 jam dimulakan.
. Nama ubat Gamma Globulin yang digunakan ialah IVIG (sejenis pecahan protein manusia). Dengar pun seram.
. Ibu pun bertabah la.
. 4 wayar berselirat. Check nadi la, tekanan darah la macam-macam Ibu pun tak tahu yang lain.
. Rawatan tamat sekitar jam 10.45 malam.

Diambil Darah Dan Dicucuk Branula.

9 Syringe IVIG Untuk Tempoh 10 Jam.

Sejam Sebelum Tamat Rawatan IVIG. Reward Game.

Mulai Merap. Nuffael Tak Nak Buat ECG.

. Jadi lebih 10 jam sebab Nuffael dengan buat Echo dengan Dato Dr. Teh kat NICU untuk lihat saluran jantung Nuffael.

Dato. Dr. Teh Buat Ujian Echo.

. Alhamdulillah, setakat hari ini jantung Nuffael baik-baik sahaja. Moga tak ada apa-apa la.
. Habis rawatan ubat IVIG, Nuffael naik balik bintik-bintik merah tapi sementara dan doktor mulai check nadi dan tekanan darah Nuffael dari masa ke semasa.
. Nuffael juga kena makan ubat Aspirin untuk cairkan darah. Kata doktor untuk halang sebarang pembekuan darah di saluran jantung Nuffael. Takut Ibu dengar.
. Ubat Aspirin tu pulak pahit dan berhampas. First time makan memang Nuffael muntah dan kena makan Aspirin tu semula.
. SN Lee pesan ubat Aspirin ni tak boleh skip dan amat penting untuk Nuffael sebab tu muntah kena makan balik.
. Ibu tawakal, bersangka dan berdoa yang baik-baik sahaja.

17 Jun 2015.

. Ibu masih bercuti di Wad Melor 1 HSAH.
. Demam on off.
. Selera makan bertambah dan asyik request air sirap, ibu layankan aje. Mungkin mulut pahit kot.
. Doktor dan para nurse Wad Melor 1 ni baik-baik sangat. Tanya apa sahaja pasti dijawab sebaik mungkin.
. Minta bantuan nurse sini pun mudah. Takdak pun buat muka walaupun diminta tolong pegang Nuffael untuk bagi ubat seawal 5.00 pagi.
. Allah jua mampu balas jasa baik para doktor dan nurse-nurse Wad Melor 1.
. Tapi meruntun pulak hati Ibu bila Dr. Choo minta tunggu di wad sehingga hari Ahad. Berat hati tapi untuk kebaikan Ibu terima juga.
. Start petang Nuffael dah tak demam.
. Peniccilin di masuk melalui line. So Aspirin je la. Tu pun puas nak bagi makan. Terpaksa ajak kakak depan katil depan Nuffael untuk bantuan.

18 Jun 2015.

. Ibu bercuti lagi.
. Demam dah tiada.
. 5.30 pagi nurse nak masukkan Peniccilin melalui line tetiba tengok tangan Nuffael dah bengkak. Alahai. Dah first day puasa, nak pitam Ibu tengok darah.
. 6.30 pagi dua orang doktor muda lelaki cubaan nak masukkan Branula kat Nuffael tapi gagal. Puas la si kecil Nuffael melalak. Naik pitam ibu tengok lubang di tangan Nuffael.
. Last doktor tu cakap, bagi ubat secara oral. Mak aii jenuh ibu!
. Tapi takpa ibu sahut cabaran. hehe.
. Memandangkan Kedah ambil cuti awal Ramadhan, doktor buat lawatan lambat sikit. Ibu siap pakej tido dalam katil Nuffael lagi. Haha.
. Terkejut bila dengar suara doktor ramai-ramai kat katil depan. Turun katil dan cuci muka. Mujur toilet kat sebelah ja.
. Doktor kata Nuffael dah ceria. Tiada sebarang tindakbalas negatif. So Dr. Choo kata boleh discharge.
. Dr. Choo set TCA hari Ahad.
. Lega Ibu! Alhamdulillah. Bukan takat anak ceria sekali Ibu ceria.
. Selera makan pun bertambah. Alhamdulillah.
. Sebelum balik sempat makan nasi lauk ayam. Yummy Delicious kata Nuffael. Separuh juga nasi dia makan. Ibu puasa okay!
. Dah sihat boleh la santai-santai main game handphone tokwan.
. Babai Wad Melor 1 HSAH. View dari Tingkat 6.  ;)
. Terima kasih warga kerja Wad Melor 1 HSAH.

View Dari Tingkat 6.

Nasi Lauk Ayam Sebelum Balik ;)

Relax-relax Sebelum Discharge :)

. Dah balik ceria tu, petang sehingga malam demam masih on off.
. Dr. Choo dan Dr. Sri dah pesan demam ka, naik ruam ka, muntah ka, cirit ka, terus ke emergency.
. Ibu ambil risiko bertahan dengan ubatan sedia ada.
. Suhu pun sekitar 38 dan ubat tak miss makan.
. Kalau ke hospital pun mesti dicucuk dan diberi ubat yang sama (andaian Ibu. Jangan tiru!)

19 Jun 2015 sehingga 20 Jun 2015.

. Ibu masih bercuti.
. Nak naik kerja pun pikir macam-macam.
. Ibu banyak juga membaca tentang Kawasaki Disease ni di Internet.
. Demam on off tapi belum capai suhu 39.
. Bertahan sebab 21 Jun nak jumpa doktor pakar.
. Setakat ni Peniccilin dah stop.
. Syrup PCM kalau demam.
. Aspirin je on selang 8 jam sekali.
. Sebelum ni Dr. Sri cakap Aspirin akan diambil berterusan sehingga diberitahu dan tak boleh stop mendadak.
.Esok nak dengar perkhabaran yang baik-baik. Mudah-mudahan, In shaa Allah.

Jadual Pengambilan Ubat.

. Siap buat jadual pengambilan ubat takut tersasar.
. Dah sihat sikit ini la aktiviti Nuffael.

Saya Nak Jadi Tiger!!


SIMPTOM-SIMPTOM YANG ADA DEKAT NUFFAEL.

1. Demam melebihi 5 hari.
2. Mata merah.
3. Mulut merah dan kering.
4. Ruam / Bintik-bintik merah di badan.
5. Hujung-hujung jari mengelupas.
6. Sakit di throat (bahasa Melayu panggil apa ya?)

PUNCA?

Saya ada juga bertanya dari mana ya Nuffael dapat penyakit ni?
Doktor kata ianya tidak diketahui. Bukan penyakit berjangkit, bukan dari persekitaran atau makanan atau lain-lain. Nampak sangat misteri. Huhu.

Mungkin boleh google untuk maklumat lanjut.


Apakah Penyakit Kawasaki (Sumber dari Internet)

Klik Sini Untuk Info Penyakit Kawasaki







Mudahan entry kali ini dapat memberi sedikit input untuk para ibu bapa mengenali apa itu penyakit Kawasaki.

Doakan Nuffael bebas daripada Penyakit Kawasaki.
Doakan Nuffael sihat selalu.

Dari Hati Ibu;
Maaf jika penulisan berterabur.

Pict Lama Ni, Tapi Ibu Suka Moment Ni Sebab Nuffael Masih Bergigi :P







Sunday 21 December 2014

BAHAYA NANGKA MADU

NANGKA MADU MEMBAWA PADAH

Penangan musim nangka madu beserta musim hujan sekarang ni.

Betul ke nangka madu ni bahaya?

Yela.
Selama 20 tahun saya kukuhkan KEPERCAYAAN saya terhadap nangka madu.

Apa kepercayaan saya?
Bila makan SAKIT URAT
Bila makan KEMBUNG PERUT
Bila makan CIRIT BIRIT
Bila makan MUNTAH

Selama 20 tahun saya melihat sahaja buah nangka tu.
Selama 20 tahun saya terlupa bagaimana rasa enaknya nangka itu.

Selama 20 tahun saya berada dalam KEPERCAYAAN saya.
Saya bina CARTA SIKAP saya tentang buah nangka.

Akhirnya setelah memendam rasa.
Maka minggu lepas saya mula menjamah bermula seulas kemudian membeli dan akhirnya makan tanpa peduli tentang kepercayaan saya.

Alhamdulillah,  dengan izinNya KEPERCAYAAN saya hilang begitu sahaja.
Mungkin ubat urat moden (AJHT dan OSTEMATRIX) sebagai salah satu asbab.

Nikmat sementara.
Sementara boleh jamah, jamah la apa pun janji halal.

Bahaya nangka madu ni bila makan sakit urat!

Jom atasi dengan AJHT dan Ostematrix.

Mungkin ini boleh membantu.
Saya dah cuba.

Adwa Juani
019 473 9710
Pengedar Sah Shaklee



Monday 3 March 2014

LATIHAN PENGENDALIAN SENJATA COLT M16

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Minggu-minggu akhir di PLKN.

18 Mac ini akan berakhirlah sesi Kumpulan 1 Siri 11/2014. Apa yang Kumpulannya? Apa yang sirinya?

Oh untuk makluman semua, setiap tahun pengambilan pelatih cuma ada 3 sesi iaitu Kumpulan 1 Jan - Mac. Kumpulan 2 dijangka April - Jun. Kumpulan 3 boleh la rujuk di laman sesawang http://www.khidmatnegara.gov.my/.
Kat laman sesawang tersebut bukan sahaja boleh menyemak status penempatan, malah boleh juga menyemak nama pelatih terpilih, pendaftaran BSKN juga muat turun borang serta boleh membaca info-info berkenaan PLKN.

Latihan Menembak.

Setiap Kumpulan akan didedahkan dengan latihan menembak iaitu salah satu sub modul yang terkandung dalam Modul Fizikal.

Kalau bab latihan menembak ni, yang sakit pun tak jadi sakit. Yang demam pun tahan demam. Hihi.
Yela siapa la nak bagi pegang senjata Colt M16 suka suki kan kalau anda tidak bekerjaya sebagai anggota uniform?

Inilah masanya.
Seronok tau!!
Saya pun dalam PLKN ni la dapat berpeluang memegang, mencuba dan bergambar dengan senjata Colt M16.

Hari ni pelatih-pelatih ke Lapang Sasar RELA Bukit Selambau untuk menjalani latihan menembak. Bukan main suka! Bangun awal pulak tu..hihi..

Rindu kat pelatih-pelatih Kumpulan lepas.
Tatap gambar sahaja la.
Rindu 'abah' yang juga dah bertukar ke kem Perak.

So, have fun guys!



Tuesday 7 January 2014

Kami Adalah PowerPuff Girls!!

Hari ni teruja lebih.. Hehe..
Sebabnya kediaman Tun Fatimah dah bertukar..
Alhamdulillah.. Berani berubah kedudukan lokasi yang saya telah duduki 6 tahun lamanya..
Konon selesa di tempat yang sama.. Uwekkk..

2014.

Tahun permulaan yang manis.
Banyak perkara yang saya perlu terokai.
Perlu bangkit dari zon selesa.
Perlu berani berubah.

Alhamdulillah..tindakan saya betul..
Saya seronok dengan lokasi baru katil saya walaupun cuma bermalam saat bertugas 24 jam sahaja.. :)

Sahabat.

Ni la rakan sebilik saya Ku ibu beranak 3. Khuza dan Rina pasangan pengantin baru yang romantik. Saya la yang paling senior dan berusia dalam bilik tu.. Ish... Ish.. Teruk kan? Haha..

Cer tengok comey tak bilik kami?
Agak-agak katil saya yang mana ya??
Kalau betul saya kasi upah..hihi

Moga ukhwah yang terbina ini berpanjangan sampai hujung nyawa.

Warkah Untuk Teman.

Adik-adikku terima kasih kerana menjadi sebahagian manis dan pahit dalam hidupku. Tanpa kalian siapalah daku..
Moga kita terus sukses bersama..
Jangan ada benci antara kita hokayy..

Yusrina Adnan 23 Mac 85.
Ku Zainon Ku Lah 13 Apr 85.
Nur Khuzaimah Ismail 31 Ogs 84.
Sayang kalian!



Monday 6 January 2014

Siapa Nak Kaya??!!

Alhamdulillah semalam 5 Januari 2014 saya dan 5 sahabat niaga yang lain berkesempatan ke Seminar Dunia Usahawan Dr. Azizan Osman di Sunway Carnivall Convention Centre Penang.

Ya Allah, ramainya...
Ramai yang berpusu-pusu mengambil peluang menghadiri Seminar Dunia Usahawan.

Ya, ramai juga yang menghadiri Seminar ini secara percuma termasuklah saya.
Macam mana boleh percuma??
Daftar 3 orang dan ketiga-tiganya percuma.
Dah la percuma dapat ilmu berganda pulak.
Terima kasih DAO!!

Alhamdulillah.
Walaupun singkat tapi banyak ilmu yang diperolehi.

Sentap juga dengan kata-kata DAO.
"Kajian menunjukkan 5 tahun berniaga -BANKRAP!

Saya baru 6 bulan beb!!

Takpa, DAO kata lagi kalau nak buat bisnes perlu ada mentor yang betul, sistem yang betul, ada ilmu ada impian yang jelas dan ada TINDAKAN.
Alhamdulillah saya berbines di jalan yang betul..

Saya menyertai bisnes Shaklee secara serius sekitar Julai 2013 dengan bergurukan mentor yang betul bukan kerana sebab mentor saya tu dah punya 'super income' tapi saya percaya dengan ilmu yang beliau miliki dan sistem yang diamalkan tidak menindas mana-mana pihak.
Ya Allah syukur ditemukan dengan mentor yang tepat dan hebat seperti Kak Cery, Hafsah, Kak Maria, Cikgu Firdaus dan Kak Marlina.
Kena ingat. Hormat dengan mentor sebab itulah adab berguru.

Lagi DAO kata nawaitu kena betul.

B A N G K I T

Bisnes Akan Naik Guna Kuasa Ilmu dan Tindakan.

InsyaAllah akan guna ilmu semalam dengan sebaiknya.
Tadi pun dah 'declare' dengan Team Tun Fatimah - saya nak positif serta kaya dan berjaya. InsyaAllah. Doakan saya ya :)

Apa yang anda fikir dan sangka adalah DOA.
Apa yang anda rasa adalah DOA.
Apa yang anda amalkan melalui perbuatan dan tindakan adalah DOA.

Kata DAO lagi "Bersedia Untuk Berhenti Kerja!". Dalam maksudnya. Yang terlintas di kepala saya cuma WAHM!! InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah..

24 Jam Sehari.

Kebanyakkan mentor saya yang berjaya mempunyai 24 jam sehari. Cuma yang berbeza bagaimana mereka menggunakan masa dengan sebaiknya.
Saya juga mempunyai 24 jam. Kena bikin jadual harian la nampak gayanya :)
'Duplicate' mentor yang berjaya baru anda boleh berjaya!
Mentor-mentorku i follow!!

Banyak ilmu yang saya dapat dalam Seminar semalam. Yang belum ada bisnes mungkin boleh bersama-sama saya menjana pendapatan dengan mudah sebab prinsip pertama dalam bisnes ialah BUAT DUIT tanpa modal besar.

Semua Bisnes Adalah Luar Biasa!

Pilihan Kita Hari Ini Menentukan Siapa Kita Akan Datang.

Saya mencari :
1. Lelaki atau Perempuan
2. Umur 18 tahun ke atas
3. Mempunyai komputer/laptop/smartphone
4. Berkesungguhan dan komitmen
5. Bersedia menambah nilai kehidupan diri
6. Terbuka menerima tunjuk ajar

Modal serendah RM75!

Berminat menjadi rakan niaga saya?

Hubungi :
Nurzuani Bt A Wahab
Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee : 896061
6019.473.9710
FB : Adwa Juani

MOGA ANDA KAYA DAN BERJAYA!



Saturday 4 January 2014

PLKN DATANG LAGI!!

Alhamdulillah hari ni setel penerimaan 200 orang pelatih dari Tapak Expo Sungai Petani bagi pengambilan Kumpulan 1 Siri 11/2014.

Ada apa dengan PLKN?

PLKN merupakan singkatan Program Latihan Khidmat Negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2004.

PLKN juga merupakan program ala tentera yang dipilih secara rawak bagi mereka-mereka yang berusia lingkungan 18 sehingga 35 tahun.

Ada 4 Modul utama di dalam PLKN iaitu Modul Pembinaan Karakter, Modul Fizikal, Modul Kenegaraan dan Modul Khidmat Komuniti disamping beberapa sub modul baru yang telah diperkenalkan.

Saya merupakan salah seorang Jurulatih Multiskill yang bertugas di Kem PLKN Rekreasi Belia Baling semenjak tahun 2007.

Berseronok dengan tugas yang dipilih ni sebab banyak perkara yang saya belajar dalam PLKN. Saya akan cerita secara berperingkat dalam entri yang akan datang. InsyaAllah.

Hari Pertama.

Pada hari pertama pelatih akan mula berada seawal 8.00 pagi di Pusat Pengumpulan 'Pick Up Point' untuk mendaftar di kem masing-masing.

Beberapa prosedur dilakukan seperti melihat borang pemeriksaan kesihatan dan bertanya tentang kesihatan bakal pelatih.

Kemudian nama didaftarkan dan pelatih diminta menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak kem.

Untuk makluman sebaik sahaja pelatih didaftarkan insurans mereka dah mula berkuatkuasa.

Pelatih menaiki bas menuju ke kem masing-masing.

Prosedur Di Kem.

Setiba di kem, pelatih sekali lagi melaporkan diri secara terperinci di mana mereka diberi penginapan, kelengkapan cadar, selimut, sudu dan cawan oleh pihak pengusaha kem.

Masa ni juga pelatih diagihkan mengikut kompeni masing-masing.
Saya pertama kali akan menjadi jurulatih kompeni Alpha yang berwarna merah!!

Kemudian mereka diperiksa sekali lagi oleh pihak perubatan kem. Pada masa ini, pihak perubatan kem mengetahui tentang peribadi pelatih. Contohnya pelatih mengalami alahan sebarang makanan ke atau pelatih alah kepada ubat-ubatan atau pelatih bergantung kepada ubat, semuanya diteliti rapi oleh pihak perubatan kem.

Seterusnya beg dan peralatan pelatih diperiksa untuk memastikan barang terlarang tidak dibawa bersama contoh gunting, pisau, seterika, ubat, pengering rambut dan lain-lain.

Akhir sekali pengutipan telefon bimbit di mana pihak kem ingin memastikan latihan berjalan dengan lancar. Walau bagaimana pun, telefon akan diserahkan setiap hujung minggu. Dan waris janganlah risau sebab dalam kawasan penginapan dan kem banyak kemudahan telefon awam.

Tadi saya berkesempatan snap beberapa foto sepanjang hari ini.

Siapa rasa entri ni bermanfaat untuk bakal pelatih dan waris sila la SHARE atau LIKE.

Help others to help others to help others.



Sunday 22 December 2013

Anak Amanah Dari Ilahi.

Assalammualaikum..

Dah lama sangat tak kemaskini blog ni. Bak kata mentor saya - Blog dah meninggal!!
Aduhai sentap beb!!

Hari ni semat dalam hati sekurang-kurangnya satu entri. 
Siapa nak cabar lagi kan kalau bukan diri sendiri! Cewah puji diri sendiri la pulak..

HERO KESAYANGANKU!!

Entri hari ni nak cerita tentang hero saya.. Muhammad Nuffael Ridzqy yang lahir tanggal 25 Disember 2011. Kiranya nanti setiap tahun NuffaelRidzqy akan bercuti la untuk meraikan sambutan hari lahirnya..
Sekejap je masa berlalu.. 2 hari lagi NuffaelRidzqy genap la usia 2 tahun.

 Baru balik dari check jaundis. Umur 4 hari.


Kena admit ward. Sambut tahun baru 2012 di ward.


NUFFAEL 1 TAHUN.

Tahun ni tahun gawat buat kami sekeluarga. Kekangan macam-macam.
Jadi kami ambil keputusan untuk raikan hari lahir NuffaelRidzqy hanya di rumah dan dihadiri ibu dan baba.
Macam sedih jer..Macam tak best jer..

Tapi takpe kenangan tetap tersemat di hati dan ingatan kami.
Si kecil NuffaelRidzqy ni cepat belajar walaupun berjalan lambat. Dengan mulut potpet potpet entah la mewarisi siapa agaknya ya?? haha... Ibu dak kot.. Ibu pemalu.. hehe..

yeayyy.. saya 1 tahun!!


NUFFAEL KINI.

Makin hari makin cepat belajar. Semalam kami ke Econsave bawa MakTok membeli keperluan dapur. Sambil tunggu MakTok tu saya ajar la NuffaelRidzqy apa yang ada disekelilingnya.

Sambil diajar sebut saya bagi dia pegang objek-objek tersebut. Bukan main suka la sampai meleleh air liur..hahaha..

Antaranya : 
  • labu
  •  kacang panjang
  •  kacang buncis
  •  carrot
  •  tomato
  •  timun
  •  halia
  • santan
  •  serai
  • cabai
  •  limau
  • nenas
  •  kacang dhal
  •  kacang soya
  •  kacang merah
  •  kacang hijau
  •  ikan siakap
  •  udang
  •  sotong
  •  crab
  •  beras
  •  dan lain-lain.

Paling cepat belajar ialah trademark Dato' AC Mizal - Peace Yo!
Anak-anak zaman sekarang kan.

Sekarang pun dah pandai kira one to ten. Wow! yang ni tak tau la sapa yang ajar sebab kami selalunya ajar dalam bahasa saja. Mungkin pengaruh Hi-5!
Tambah-tambah pulak lani pantang nampak Omega Guard, nak makan je..
Mungkin itu juga sebab NuffaelRidzqy jadi fast learner sebab dalam Omega Guard iaitu minyak ikan terbaik di dunia ni ada DHA dan EHA yang bagus untuk perkembangan minda bayi dan kanak-kanak.
 Syukur alhamdulillah dikurniakan NuffaelRidzqy..

Mandi kolam di luar rumah!

Basikal time!!

i love KFC!!

NUFFAEL ANAK SOLEH.
 
Kanak-kanak ni belajar melalui apa yang ibu atau bapanya lakukan. Walaupun tak diajar secara rasmi tapi NuffaelRidzqy tahu yang masjid tu 'Allahu Akbar'. Kita solat dia pun sama naik. Siap hamparkan sejadah untuk dia sekali..hehe..
Moga jadi anak yang soleh ya NuffaelRidzqy. InsyaAllah.Amin..

Ibu dan baba sayang adik!

U Never Walk Alone

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2 TAHUN SAYANG..
Indahnya memiliki dirimu..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...