Ads 468x60px

Saturday 20 June 2015

KAWASAKI DISEASE ( Demam Kawasaki )

. Self Reminder.

Assalammualaikum.
Lama sungguh blog ni bersawang macam tu sahaja.
Kekangan masa sama lantaran tugasan hakiki menuntut lebih banyak masa sehingga tidak sempat mencoret sesuatu di sini.

Di kali ini bukan coretan tentang produk atau supplemen Shaklee ianya lebih kepada tulisan peribadi saya tentang anak saya Nuffael Ridzqy.

Mungkin kalangan sahabat FB saya sudah mengetahui tentang penyakit yang anak saya hidapi beberapa hari lepas. Dan ramai juga yang pertama kali mendengar nama penyakit ini seperti saya serta ada yang bertanya bagaimana ianya terjadi.

Ada juga yang tergelak ingatkan saya main-main. Dan ada juga ingatkan Coxsackie.

Di sini saya coretkan pengalaman saya sepanjang anak saya didiagnos Kawasaki Disease.

Nuffael Masa Belum Cukup Setahun.

Catatan Nota Ibu.

8 Jun 2015.

. Ibu ke kerja seperti biasa (perjalanan sejam pergi dan sejam balik) dan tinggalkan Nuffael di bawah penjagaan maktok di Sungai Petani.
. Cadangnya bertempoh sementara sebab maktok dan Nuffael akan ke Baling juga pada pagi 9 Jun seperti rancangan.
. Ibu on the way balik kerja dan dapat panggilan dari maktok mengatakan Nuffael demam dan di badan dia dah mulai naik bintik-bintik kecil merah seperti ruam.
. Ibu beranggapan ianya mungkin demam campak halus atau di sini mereka panggil campak sekam.
. Ibu bergegas balik.
. Ibu sempat juga buat air tawar sebab ingatkan ianya demam campak.
. Mak angkat Nuffael pun ada beri air kelapa juga.
. Malam masih juga demam, Nuffael mulai merap dan merengek.
. Ibu berikan syrup PCM dan jelom dengan air serta memantau suhu.

9 Jun 2015.

. Ibu tak pergi kerja.
. Nuffael merap minta berdukung sahaja. Dengan orang lain tak mau!
. Ibu masih berikan syrup PCM dan jelom.
. Suhu sekitar 38.8
. Bintik-bintik merah mulai gatal dan Ibu sapukan Calamine Lotion.
. Jam 8.30 malam suhu cecah 39.2 dan ibu bergegas ke Emergency HSAH.
. MA minta ibu untuk jelom dan check suhu.
. Ibu mengadu dengan doktor bimbang Demam Denggi sebab di kejiranan sini ada yang admit ward sebab Demam Denggi.
. Doktor pun ambil darah dan buat ujian.
. Doktor kata jangkitan kuman dalam darah. Habiskan antibiotik (Peniccilin) dan buat ujian darah semula.
. Ibu pun balik dan terus bagi makan syrup PCM dan Peniccilin serta jelom.

Baru Lepas Ambil Darah.

10 Jun 2015 sehingga 13 Jun 2015.

. Ibu masih tak kerja. Harap team KRBB faham situasi ibu.
. Demam masih on off. Suhu semakin naik bila malam menjelma.
. Ibu masih teruskan syrup PCM dan Peniccilin serta jelom.
. Siang kelihatan aktif dan malam mulai minta dipeluk, didukung dan merap.

Siang Aktif, Malam Merap.


14 Jun 2015.

. Ibu masih tak kerja. Fikirkan ubat Peniccilin yang perlu diberi dalam tempoh 6 jam sekali memandangkan maktok pun tidak la mempunyai kudrat untuk memberi ubat kepada Nuffael sebab Nuffael memang bertenaga menolak ubat.
. Bintik-bintik merah dah mulai hilang dan kulit kering mengelupas.
. Hujung-hujung jari mulai mengelupas dan Nuffael minta letakkan ubat. Ibu ingat sebab apa, Ibu sapu jela minyak gamat sebab nampak merah-merah kan. Tak tau pulak itu juga simptom demam Kawasaki.
. Bercadang ke klinik pakar kanak-kanak pula sebab makan ubat hospital mungkin tak serasi (andaian Ibu).
. Sayangnya klinik tutup dan ke Klinik Doktor Azhar doktor kena tunggu pula.
. Demam suhu sekitar 39, ibu decide beli ubat bontot je kat farmasi selain dapat khidmat En. Khairul tuan Farmasi. Katanya mungkin viral fever.
. Ibu boh ubat bontot kat Nuffael. Sekejap je terus berpeluh dan ceria. Mula bermain.

15 Jun 2015.

. Ibu masih tak kerja.
. Demam on off.
. Suhu 38 39.
. Jam 5.30 pagi suhu tinggi sangat so Ibu boh saja ubat bontot.
. Mata mulai merah menyala (tak sempat snap pict).
. Mulut merah menyala dan kering (tak sempat snap pict).
. Berat hati nak pergi klinik. Tapi sebab mak angkat Nuffael bimbang penyakit lain pulak maka Ibu gagah pergi berdua dengan Nuffael.
. Cerita bagai A to Z ke Dr. Tan KlinikPakar Kanak-Kanak Cutie Care, maka Dr. Tan pun berkata "Saya rasa ini Kawasaki Disease, saya minta ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya."  dan dikeluarkan surat rujukan ke HSAH.
. Sebelum tu Dr. Tan beri juga ubat bontot kat Nuffael jam 3.30 petang.
. Ibu balik rumah berbelah bahagi. Sempat google apa dia la Kawasaki Disease ni. Bimbang juga kan sebab tak pernah dengar. Susah hati tak payah cakap la.
. Bincang dengan famili dan tanya pendapat kawan-kawan dan sempat telefon BFF Sharifah Fitriah untuk dapatkan support.
. Jam 4.30 petang bergerak juga ke Emergency HSAH.
. Sempat lagi MA muda tu gelakkan Ibu sebab suhu dah turun ke 37. Ibu pun sinis juga bagitau "Yela dah boh ubat bontot memang la suhu turun".
. Ibu mana tak risau kan demam dah 8 hari.
. Menunggu lama juga sebab ramai sungguh pesakit. Rata-rata sebab demam.
. Sejam setengah menunggu akhirnya berjumpa dengan doktor. Teliti habis penelitian beliau.
. Akhirnya kena admit ward. Sama juga katanya untuk pemeriksaan lanjutan sebab Nuffael ada simptom-simptom Kawasaki Disease tu.
. Apa lagi bermalam la Wad Melor 1 dan mula disiasat oleh Doktor Wan Awatif.
. Seterusnya pakat dilawati oleh doktor pakar.

Admit Ward Melor 1.

16 Jun 2015.

. Ibu tak kerja lagi.
. Ibu sambut birthday Ibu di wad Melor 1 HSAH. huhu.
. Demam masih on off.
. Masih jelom dan beri Peniccilin dan Syrup PCM.
. Jam 7.00 pagi lawatan 10 orang doktor.
. Jam 8.30 pagi lawatan 13 orang doktor termasuk doktor pakar.
. Doktor pakar Dr.Choo mencadangkan rawatan Gamma Globulin.
. Jam 9.00 pagi Nuffael di ambil darah untuk ujian dan dimasukkan branula sebab IVIG akan dimasukkan.
. Jam 10.30 pagi rawatan Gamma Globulin selama 10 jam dimulakan.
. Nama ubat Gamma Globulin yang digunakan ialah IVIG (sejenis pecahan protein manusia). Dengar pun seram.
. Ibu pun bertabah la.
. 4 wayar berselirat. Check nadi la, tekanan darah la macam-macam Ibu pun tak tahu yang lain.
. Rawatan tamat sekitar jam 10.45 malam.

Diambil Darah Dan Dicucuk Branula.

9 Syringe IVIG Untuk Tempoh 10 Jam.

Sejam Sebelum Tamat Rawatan IVIG. Reward Game.

Mulai Merap. Nuffael Tak Nak Buat ECG.

. Jadi lebih 10 jam sebab Nuffael dengan buat Echo dengan Dato Dr. Teh kat NICU untuk lihat saluran jantung Nuffael.

Dato. Dr. Teh Buat Ujian Echo.

. Alhamdulillah, setakat hari ini jantung Nuffael baik-baik sahaja. Moga tak ada apa-apa la.
. Habis rawatan ubat IVIG, Nuffael naik balik bintik-bintik merah tapi sementara dan doktor mulai check nadi dan tekanan darah Nuffael dari masa ke semasa.
. Nuffael juga kena makan ubat Aspirin untuk cairkan darah. Kata doktor untuk halang sebarang pembekuan darah di saluran jantung Nuffael. Takut Ibu dengar.
. Ubat Aspirin tu pulak pahit dan berhampas. First time makan memang Nuffael muntah dan kena makan Aspirin tu semula.
. SN Lee pesan ubat Aspirin ni tak boleh skip dan amat penting untuk Nuffael sebab tu muntah kena makan balik.
. Ibu tawakal, bersangka dan berdoa yang baik-baik sahaja.

17 Jun 2015.

. Ibu masih bercuti di Wad Melor 1 HSAH.
. Demam on off.
. Selera makan bertambah dan asyik request air sirap, ibu layankan aje. Mungkin mulut pahit kot.
. Doktor dan para nurse Wad Melor 1 ni baik-baik sangat. Tanya apa sahaja pasti dijawab sebaik mungkin.
. Minta bantuan nurse sini pun mudah. Takdak pun buat muka walaupun diminta tolong pegang Nuffael untuk bagi ubat seawal 5.00 pagi.
. Allah jua mampu balas jasa baik para doktor dan nurse-nurse Wad Melor 1.
. Tapi meruntun pulak hati Ibu bila Dr. Choo minta tunggu di wad sehingga hari Ahad. Berat hati tapi untuk kebaikan Ibu terima juga.
. Start petang Nuffael dah tak demam.
. Peniccilin di masuk melalui line. So Aspirin je la. Tu pun puas nak bagi makan. Terpaksa ajak kakak depan katil depan Nuffael untuk bantuan.

18 Jun 2015.

. Ibu bercuti lagi.
. Demam dah tiada.
. 5.30 pagi nurse nak masukkan Peniccilin melalui line tetiba tengok tangan Nuffael dah bengkak. Alahai. Dah first day puasa, nak pitam Ibu tengok darah.
. 6.30 pagi dua orang doktor muda lelaki cubaan nak masukkan Branula kat Nuffael tapi gagal. Puas la si kecil Nuffael melalak. Naik pitam ibu tengok lubang di tangan Nuffael.
. Last doktor tu cakap, bagi ubat secara oral. Mak aii jenuh ibu!
. Tapi takpa ibu sahut cabaran. hehe.
. Memandangkan Kedah ambil cuti awal Ramadhan, doktor buat lawatan lambat sikit. Ibu siap pakej tido dalam katil Nuffael lagi. Haha.
. Terkejut bila dengar suara doktor ramai-ramai kat katil depan. Turun katil dan cuci muka. Mujur toilet kat sebelah ja.
. Doktor kata Nuffael dah ceria. Tiada sebarang tindakbalas negatif. So Dr. Choo kata boleh discharge.
. Dr. Choo set TCA hari Ahad.
. Lega Ibu! Alhamdulillah. Bukan takat anak ceria sekali Ibu ceria.
. Selera makan pun bertambah. Alhamdulillah.
. Sebelum balik sempat makan nasi lauk ayam. Yummy Delicious kata Nuffael. Separuh juga nasi dia makan. Ibu puasa okay!
. Dah sihat boleh la santai-santai main game handphone tokwan.
. Babai Wad Melor 1 HSAH. View dari Tingkat 6.  ;)
. Terima kasih warga kerja Wad Melor 1 HSAH.

View Dari Tingkat 6.

Nasi Lauk Ayam Sebelum Balik ;)

Relax-relax Sebelum Discharge :)

. Dah balik ceria tu, petang sehingga malam demam masih on off.
. Dr. Choo dan Dr. Sri dah pesan demam ka, naik ruam ka, muntah ka, cirit ka, terus ke emergency.
. Ibu ambil risiko bertahan dengan ubatan sedia ada.
. Suhu pun sekitar 38 dan ubat tak miss makan.
. Kalau ke hospital pun mesti dicucuk dan diberi ubat yang sama (andaian Ibu. Jangan tiru!)

19 Jun 2015 sehingga 20 Jun 2015.

. Ibu masih bercuti.
. Nak naik kerja pun pikir macam-macam.
. Ibu banyak juga membaca tentang Kawasaki Disease ni di Internet.
. Demam on off tapi belum capai suhu 39.
. Bertahan sebab 21 Jun nak jumpa doktor pakar.
. Setakat ni Peniccilin dah stop.
. Syrup PCM kalau demam.
. Aspirin je on selang 8 jam sekali.
. Sebelum ni Dr. Sri cakap Aspirin akan diambil berterusan sehingga diberitahu dan tak boleh stop mendadak.
.Esok nak dengar perkhabaran yang baik-baik. Mudah-mudahan, In shaa Allah.

Jadual Pengambilan Ubat.

. Siap buat jadual pengambilan ubat takut tersasar.
. Dah sihat sikit ini la aktiviti Nuffael.

Saya Nak Jadi Tiger!!


SIMPTOM-SIMPTOM YANG ADA DEKAT NUFFAEL.

1. Demam melebihi 5 hari.
2. Mata merah.
3. Mulut merah dan kering.
4. Ruam / Bintik-bintik merah di badan.
5. Hujung-hujung jari mengelupas.
6. Sakit di throat (bahasa Melayu panggil apa ya?)

PUNCA?

Saya ada juga bertanya dari mana ya Nuffael dapat penyakit ni?
Doktor kata ianya tidak diketahui. Bukan penyakit berjangkit, bukan dari persekitaran atau makanan atau lain-lain. Nampak sangat misteri. Huhu.

Mungkin boleh google untuk maklumat lanjut.


Apakah Penyakit Kawasaki (Sumber dari Internet)

Klik Sini Untuk Info Penyakit Kawasaki







Mudahan entry kali ini dapat memberi sedikit input untuk para ibu bapa mengenali apa itu penyakit Kawasaki.

Doakan Nuffael bebas daripada Penyakit Kawasaki.
Doakan Nuffael sihat selalu.

Dari Hati Ibu;
Maaf jika penulisan berterabur.

Pict Lama Ni, Tapi Ibu Suka Moment Ni Sebab Nuffael Masih Bergigi :P







11 comments:

  1. 😊anak sy pn pn...kena julai 2015.. 1 admit HSB...detact day 9 on ivig.echo HSB negatif.... echo gh penang 1 salur bengkak.on aspirin 1 thn 2 bln.baru stop arini.now dah normal.tunggu result drh hsb plak.hope semua ok...sabarla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak puan kena kawasaki tu umor brapenye? Ank sy umur 3 bulan kena kawasaki.. Hati dia jd bengkak.. Lps buat ivig ok dlm 2 hari kemudian demam blik, dktr kata kulat pulat dlm drh.. Skrg dh sbln dlm wad.. Kawasaki Dia bengkak besar jgk la.. Anak puan dah bebas Kawasaki ye?

      Delete
  2. 😊anak sy pn pn...kena julai 2015.. 1 admit HSB...detact day 9 on ivig.echo HSB negatif.... echo gh penang 1 salur bengkak.on aspirin 1 thn 2 bln.baru stop arini.now dah normal.tunggu result drh hsb plak.hope semua ok...sabarla

    ReplyDelete
  3. Ya.. saya penhidap penyakit kawasaki. Now umur saya dh 28 thn.. saya mkn penesilin dri umur 6 thn sampai 21thn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanya on penesilin.
      Saya dok tgu tarikh nak buat echo di GH Penang. Sebab last buat masa admit ward 2015.

      So far perkembangan anak ok. Cuma bimbang ianya menyerang semula ja.

      Moga urusan cik wanis dipermudahkan.

      Delete
    2. Kawasaki ni blh menyerang semula ye

      Delete
    3. kawasaki blh menyerang balik ka lepas kena dh.

      Delete
  4. Terima kasih berkongsi pengalaman. Moga semuanya dipermudahkan olehNya.

    Anak saya hari ni 17 Jan 2018 masih follow up keputusan darah. Harap okay la. Sbb bila check ja dia baru baik dmm la, selsema la.result tak cun.
    Tu masih kena follow up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh share pasal pekembangan ank puan

      Delete
    2. Anak puan ms kena kawasaki umur brape ye? Ank sy umur 3 bulan.. Buntu n sedih sgt.. Dktr kata penyakit kawasaki ni jrng kena pada bayi.. Pastu kematian kawasaki stahun sekali seorg..ank sy dh sebulan dlm wad, deman sebln.. Lps buat ivig still demam, kulat pulak dlm drh..dh mcm2 ubat masuk Dlm Bdn dia..risau benda lain plak.. ms tau kawasan tu Dktr kata hari sblh kanan bengkak.. Kuman ggu usus.. Bdn dia jd bengkak habis.. Kos masuk ivig semua jd normal.. Lps 2 ari demam blik, mggu ke 3 dpt tau kulat olak Dlm drh.. Dh sbln demam,ok Dlm 3 hari Dktr rancang discarge dia batuk n selsema plak..dktr kata Kawasaki dia mungkin sampai umur 17 tahun.. Lama nya.. Risau sgt, skrg masih kurang aktif.. Mcm mn ye penjagaan Ank Kawasaki ni..

      Delete
    3. Dr 2015 sampai 2017 tak elok lagi ke keputusan darah anak puan. Anak sy baru kena kawasaki 29 jan 2019.ari ni 12 mac 2019 kaki masih mengelupas. Anak puan ada muntah dan cirit birit tak lps baik demam

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...