Ads 468x60px

Sunday 3 November 2013

Vivix Shaklee Yang Terbaik

Vivix Harga Mahal Setanding Kualiti.

Ya.Itu yang boleh saya gambarkan bila ianya menjadi sirap terbaik kepada mak saya.

Kisahnya bermula pada awal Ramadhan tahun 2012 yang lalu. Mak diserang batuk-batuk berkahak sehingga makan tak lalu dan tidur tak lena. Klinik di sekitar Sungai Petani habis dikunjungi. Tapi batuk tak juga baik.

Syawal datang pun mak cuma berbaring letih dan lesu. Baju raya tergantung tak dipakai langsung. Kami juga ikhtiar rawatan tradisional dan ada juga bawa berjumpa ustaz. Tapi masih sama.

Awal September 2012 ada jiran datang ke rumah dan dia beritahu yang ada satu klinik swasta di Alor Setar mungkin boleh membantu mak. Dengan berbekalkan gaji yang dapat 25hb pada bulan September 2012 maka 29 September kami pun pergi. Xray dilakukan dan Ya Allah luluh hati bila mak disyaki Tibi.

Doktor marah kenapa tak buat Xray masa mula-mula batuk. Tak sangka dan tak terfikir la pulak.Masa tu terus doktor sarankan rujuk ke Hospital Sungai Petani.

Mak kena makan ubat antibiotik tanpa gagal selama 9 bulan dan tak boleh minum ais. Masa tu pulak tahap gula dalam darah meningkat dan semasa buat pemeriksaan kemungkinan buah pinggang mak tak berfungsi dengan baik.

Masa tu saya tak pernah fikir tentang supplemen yang boleh menyokong pembaikpulihan kesihatan mak.

Sehingga mak dah habis rawatan 9 bulan. Saya pun ada terbaca di satu blog di mana Vivix Shaklee ni bukan sahaja bagus untuk awet muda tapi bagus juga untuk pesakit diabetes dan pendek kata bagus untuk semua penyakit termasuk kanser! Allahu Akbar.. kenapa la saya lambat bertemu dengan Vivix Shaklee ni.

Tapi syukur alhamdulillah.. sekarang mak bebas Tibi. Buah pinggang mak berfungsi dengan baik. Darah tinggi yang terkawal dan Diabetes mak pun terkawal walau kena suntik insulin semuanya gara-gara selepas mak mengambil Vivix Shaklee sebelum tidur.

Sekarang masalah la pulak bagi saya bukan sebab Vivix Shaklee tapi sebab mak dah mula buat aduan yang habis seluar dan baju dia dah tak muat dan doktor pun dah mula tegur yang berat badan mak dah naik sebab mak sekarang dah kuat makan. Syukur Ya Allah!

Jangan la berkira sangat dengan duit. Duit boleh dicari. Mak hanya satu dan tak boleh diganti-ganti.

Berikanlah supplemen yang bagus untuk kesihatan ibu anda.

Hubungi :
Adwa Juani
ID 896061
Shaklee Independent Distributor
019 - 473 9710



2 comments:

  1. memang antara suplemen yg terbaik setakat ini...

    ReplyDelete
  2. betul tu Tok Puteh.
    dah tu banyak kebaikan vivix ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...