Ads 468x60px

Thursday, 25 July 2013

Kenali Blog

Pagi ni kami di faezarham.blogspot.com nak berkongsi sedikit tentang perkara-perkara asas yang patut diketahui oleh mana-mana individu yang baru nak berkecimpung dalam dunia blog. Kalau lesen kereta, entri pagi ni mcm buku yang sekolah memandu bagi kat kita untuk hafal before ambil exam bertulis tu la. Memang entri introduksi kepada dunia blogging.

Sebenarnya, kandungan di dalam entri ini adalah sedutan daripada mini-tutorial yang kami sediakan semalam untuk para pelanggan yang memerlukan bantuan pihak Zulfae Solution membangunkan blog bagi pihak mereka. Kami merasakan yang para 'pelanggan' terutama yang baru pertama kali ingin terlibat dalam dunia blog perlu diberi pendedahan asas sebelum blog mereka dibangunkan sebab setiap individu mempunyai cita-rasa yang berbeza. Sesetengah orang sukakan blog yang comel dan pinki manakala individu lain mungkin sukakan blog yang 'clean and clear'. Dan oleh kerana kami merasakan yang nama, alamat blog dan gaya sepatutnya lebih bersifat personal dan mencerminkan jati diri blogger, kami rasa adalah menjadi tanggung jawab kami untuk pimpin pelanggan kami dan juga pengunjung blog kami agar anda dapat memperoleh blog yang ideal bagi diri dan keperluan perniagaan atau institusi anda.

Kita mulakan perjalanan mengenali blog kita ni dengan melihat gambarajah dibawah. Lihat dengan muka yang senyum dan beritahu diri anda "senang je blog ni, tak banyak pun nak kena amik kisah". Ye, blog memang senang tuan-tuan dan puan-puan. Sungguh mudah sekiranya kita faham apa yang dia tawarkan dan tahu apa yang kita nak buat dengannya. Ok, dah puas tengok gambarajah ni dah? Oh, belum lagi. Ok ok..tengok dulu. Dah habis, skroll down sebab kita nak sembang sikit setiap part yang kita highlight ni okay? Cun :)




Alamat blog:

Ini adalah amat penting. Pengunjung akan sampai ke blog anda melalui alamat ini. Cuba fikirkan alamat blog yang tidak terlalu panjang dan tidak sukar untuk dieja seperti arnoldschwarzenegger.blogspot.com (contoh).


Bagaimana untuk tahu alamat itu masih wujud atau pun tidak? Senang je, katakana anda nak alamat tu adalah sususihat.blogspot.comCuba taip alamat tu di Internet browser anda (Chrome ke Firefox ke). Kalau keluar blog orang lain, maksudnya alamat blog tu telah diambil orang la. Cuba alamat yang lain pulak. Gambar dibawah menunjukkan yang alamat blog kami adalah faezarham.blogspot.com. 

Latihan: Cuba check sususihat.blogspot.com dimiliki oleh siapa?

Hukumnya: Wajib ada.

Nama Blog:

Ini lah identity blog anda. Nama yang terpapar di banner blog anda. Nama blog tidak semestinya sama dengan alamat blog. Namun, kebiasaannya blogger menggunakan nama blog yang hampir sama dengan alamat blognya. Contohnya, blog kami menggunakan faezarham.blogspot.com dan nama blog yang kami pilih adalah Faeza & Arham.

Latihan: Cuba google "Shaklee Blog" dan tengok hasilnya. Cuba tengok apa nama-nama blog top Shaklee. Pada hemat kami, nama-nama blog top Shaklee lebih bersifat kekeluargaan. Anda rasa bagaimana?

Hukumnya: Wajib Ada


Tag Line :

Tag line adalah seperti deskripsi blog anda. Contoh tagline; Sihat Cantik Menawan dengan Shaklee atau Shaklee Independent Distributor. Secara asasnya, bila pengunjung bukak je blog anda, terus dia tau blog anda ni blog apa. Macam tagline di atas tu, pengunjung terus la faham yang blog ni blog pengedaran Shaklee. Be creative.

Hukumnya: Sunat


Kategori:

Kategori ni sebenarnya memudahkan pengunjung anda melayari blog anda. Katakan anda pengedar Shaklee dan Premium Beautiful, anda boleh gabungkan dua usaha murni anda ni dalam satu blog. Kita boleh buat dua kategori, Shaklee dan Premium Beautiful. Jadi, bila pengguna klik butang kategori Shaklee, hanya post-post berkaitan Shaklee sahaja lah yang dipaparkan. Begitu juga dengan Premium beautiful. Sekiranya anda hanyalah pengedar Shaklee, anda boleh gabungkan dengan kategori-kategori yang lain seperti perkongsian ilmu kesihatan atau kecantikan atau perihal mendidik anak-anak. Apa sahaja yang bermanfaat.

Kenapa saya cadangkan begini? Bukan nak tambah kerja anda tetapi nak bagi lebih banyak pengunjung yang jumpa blog anda sebab blog anda informatif. Ada nilai tambah. Contohnya seperti blog contoh kami, saya bercadang untuk kongsikan ilmu pemasaran dan tips blog. 

Malah, blog sahabat kami, mariafirdaus.com.my juga berkongsi pelbagai maklumat yang cukup menarik. Ada motivasi, hal kesihatan, kecantikan, keagamaan dan Shaklee. Tidak la saya nak suruh anda buat sedimikian, tapi cuba tanya diri anda, selain dari Shaklee, apa yang anda ingin kongsikan dengan orang lain. Benda yang anda suka dan minat. Benda yang kalau orang tak suruh pun anda nak menulis dan post jugak. Kalau dapat yang macam tu.. awesome!

Tips #1: Anda boleh join-force dengan pasangan untuk memeriahkan lagi kandungan blog anda. Dua orang, dua minat berbeza (hatta minat yang sama pun tidak mengapa). Secara tidak langsung, blog anda akan menjadi lebih informatif. 

Things to ponder: Ramai orang boleh ada blog seperti ramai yang boleh masak nasi goreng. Tapi, nasi goreng pun ada maqam dan pengisian yang berbeza. Ada nasi goreng kosong, ada nasi goreng yang penuh dengan isi. Rata-rata kita mestilah gemar nasi goreng penuh isi kan, begitu juga lah pengungjung blog. Mereka sukakan blog yang penuh dengan maklumat dengan gaya yang santai (Kalau ilmiah sangat, rasa macam back to school pulak nanti.)

Tips #2 : Elakkan dari copy paste semata-mata. Walaupun copy paste lebih baik dari kosong, jadi la luar biasa dengan tulis dengan gaya bahasa dan style anda. Acapakali, bahasa yang macam kita tulis email atau message di Facebook lebih mudah diterima pengunjung dari bahasa yang kaku seperti bahasa buku. So, kalau la anda jumpa satu artikel menarik di majalah ke atau website rasmi (Health Digest contohnya), anda baca, fahamkan dan tulis dengan gaya bahasa anda. Bam! Unique content detected. Kena pulak gaya bahasa anda sama frequency dengan gaya bahasa org yang search kat Google. Terpaksa la orang tu datang ke blog anda dan rela ke tidak, terpaksa la anda biarkan dia baca artikel yang dia nak baca berserta dengan entri-entri Shaklee anda yang lain. Dalam 100 yang masuk, takkan 5 pun tak lekat kan. Kalau 1000 per hari? Haa, dah berapa tu?

Hukumnya: Sunat yang dituntut.


Page Fan FB

Ini merupakan amat penting. Blog tanpa Fan FB ibarat telaga yang kontang. Statik dan kurang bermaya. Dengan adanya FB fan page dan pengunjung like fan page anda anda sebenarnya bagaikan telah berjabat tangan dan bertukar-tukar kad perniagaan. Manakan tidak, bila dia dah like fanpage anda, setiap yang anda post di FB Fan page anda, besar kemungkinan akan terpapar di wall fan anda. Justeru, apa juga yang anda post di blog (still kena post di blog, untuk amik hati Google), repost ke Facebook Fan Page. So kalau taka da lagi, kita kena buat la. Rugi sangat-sangat kalau tak buat.

Tips #3: Elakkan pakai tool yang repost entri blog anda ke Facebook secara automatik. In fact, saya berani kata JANGAN PAKAI. Siap dengan huruf besar lagi. Tapi kenapa? Kan mudah ye tak? Betul, memang mudah. Tapi jom kita recall balik, apa tujuan kita repost kat FB? Sebab kita nak lebih ramai yang aware pasal entri blog kita kan? Tapi kalau kita pakai tool yang automatically repost to our FB fan page tu, kita bagaikan dengan sengaja sabotaj diri dan blog kita sebab Facebook dengan muka selamba badaknya dan dengan sengajanya meng-anak tirikan mana post yang dibuat oleh automatic tool tu. Elok-elok 400 dari 1000 kawan anda boleh tengok apa yang anda post (secara manual), kalau pakai tool, silap-silap tak sampai 100 pun. Itu lah cerita sebenarnya. Lebih lanjut anda boleh baca kat sini : http://www.elirose.com/2011/05/networked-blogs/

Ala, bukannya susah pun untuk repost manually. Tak sampai 30 saat. Copy alamat entri kat browser tu, masuk FB dan paste. Komen la sikit-sikit dan hantar. Siap. Jika anda mmg tidak pernah berhajat untuk menggunakan tool automatik ini, tahniah kami ucapkan kerana anda adalah orang yang rajin dan bersemangat waja.

Hukumnya: Wajib


Instagram Feed.

Bergantung pada Mak Shaklee anda, hukum instagram boleh jatuh sunat ataupun wajb. Apa yang bagus dengan Instagram Feed ini, ia akan membuatkan blog anda kelihatan lebih personal dan jujur. Secara tanpa sedarnya, pengunjung bagaikan telah di program yang manusia kalau dia dedahkan nama dan mukanya secara terbuka demikian, manusia ini lebih takut untuk menipu atau memperdayakan pengunjung. Sebab tu kita lihat, blog Shaklee yang top-top, rata-rata owner mereka tidak bersembunyi disebalik screen kan. Semuanya tunjuk profile picture atau instagram feed dengan yakinnya. Keyakinan ini lah yang akan terpindah kepada pengunjung blog anda. Tapi ingat, memandangkan apa yang anda share di Instagram adalah bersifat ‘public sharing’, jangan la tersilap hantar pulak ye. Susah nanti.


Nota: Untuk dptkan akaun instagram, anda memerlukan telefon pintar (Android ataupun iPhone) dan install Instagram app dari market (Google Play untuk Android, Apple Apstore untuk iPhone). Register akaun dari app tersebut.

Hukumnya: Sunat / Wajib



Okay, dah habis dah sembang-sembang kita pasal perihal asas blog. Sebenarnya tak la asas sangat bila kita dah cakap implikasi dan kelebihan setiap perihal di atas tu.

Next entry akan saya letak sekali soalan-soalan yang boleh anda gunakan sebagai panduan memperoleh blog impian anda. Kepada mereka yang rasa nak minta kami bantu mereka realisasikan blog kalian, cuba jawab soalan-soalan dibawah dan kita sembang di FB untuk fine tune blog yang macam mana anda ingin kami buatkan. Lagi detail anda boleh jawab, lagi awesome la anda :)

So, amacam? Masih boleh berkasih sayang dengan blog? 


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...